Senang-je Nak Cuci Perut Lembu Sebenarnya!

Source: https://daging2u.com.my/

Perut lembu ini bukanlah kegemaran semua dan boleh juga dikatakan sebagai acquired taste iaitu hanya sesetengah orang akan menggemarinya. Ini mungkin dari rasanya yang liat atau kerana perut lembu ini agak susah untuk cuci dan masak.

Hah, sebenarnya, bukanlah susah mana pun, nak cuci dan masak perut lembu. Orang tua-tua selalu nasihat untuk menggunakan kapur ketika membersihkan perut lembu tetapi sebenarnya penggunaan kapur ini agak merumitkan dan juga boleh mencederakan tangan kita.

Tak payah nak risau, kami ada tips rahsia untuk anda bersihkan perut lembu secara efektif. Lagkahnya adalah seperti berikut:

  1. Basuh perut lembu menggunakan air biasa
  2. Rendamkan perut lembu yang telah dibasuh ke dalam cuka selama 1 ke 2 jam. Lebih lama ia direndam, lebih baik.
  3. Setelah 2 jam, gosok perut lembu menggunakan tangan atau berus lembut sehingga bersih dan putih.
  4. Perut lembu anda siap untuk dimasak!

Ok, dah basuh, lepasni apa? Sebenarnya, cara nak masak perut lembu ini bukanlah susah mana pun dan selalunya perut lembu sama ada dimakan sebagai kerabu atau dengan air assam.

Resipi Perut Lembu Air Asam ini pun bukanlah susah mana. Resipinnya adalah seperti berikut:

Bahan diperlukan:

  • 1kg perut lembu
  • Air secukupnya
  • Cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 1 sudu besar belacan
  • Serbuk perasa
  • Gula & Garam (secukup rasa)
  • Jus dari 1 biji limau nipis
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu kecil
  • 2 biji tomato dipotong dadu kecil

Cara masakan:

  1. Rebus perut lembu sehingga empuk dan simpan setengah cawan air rebusan. Dalam satu periuk, masukkan perut, air rebusan, tumisan cili api, belacan dan air asam jawa (asam jawa yang dicairkan dengan air suam).
  2. Tambah 1 cawan air dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda. Setelah mendidih, tutup api dan biar perut lembu suam.
  4. Setelah suam, masukkan jus limau, bawang dan tomato.
  5. Kacau sehingga rata. Perut lembu anda siap untuk dihidang.

Untuk Kerabu Perut Lembu pula, lagi mudah caranya:

Bahan diperlukan:

  • 700g perut lembu
  • 40g tauge
  • 1 biji bawang merah besar dihiris
  • 3 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 cawan sambal kelapa
  • 4 sudu besar santan pekat
  • Jus dari 2 biji limau nipis
  • 1 genggam ikan bilis ditumbuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • Cili api dihiris (Kuantiti mengikut tahap kepedasan)

Cara masakan:

  1. Rebus perut lembu dan tauge secara asing-asing. Santan juga perlu dimasak sehingga mendidih.
  2. Masukkan semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati.
  3. Tambah jus limau, gula dan garam mengikut rasa sendiri.
  4. Kerabu perut lembu anda siap dihidang!

Tapi nak pergi mana untuk beli perut lembu yang berkualiti? Cubalah melayari https://daging2u.com.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *