3 Stail Trending untuk Gayakan Baju Kebaya Anda 

Baju Kebaya adalah salah satu pakaian tradisional di Malaysia. Pakaian tersebut dipakai pada bahagian atas badan sahaja. Kalau mengikut tradisi, ia selalu dipakai bersama kain panjang macam sarung atau skirt.

Tradisi ini sejak abad ke-15, dan boleh dipermodenkan lagi untuk berkembang mengikuti zaman kini, tanpa mencemarkan integriti dan identitinya. Marilah tengok tips untuk gayakan baju kebaya anda mengikut stail yang popular dan trending kini.

Pelitup Muka

Dalam era COVID ini, pelitup muka sudah jadi keperluan dengan semua outfit. Kebanyakan kali pun pelitup muka tu tak matching dengan keseluruhan outfit. Ramai perniagaan local di bazar menjual topeng muka dengan banyak corak dan warna untuk disesuaikan dengan cara hidup baru.

Sama ada anda ingin pilih corak reka bentuk atau warna kegemaran, memang boleh dapat topeng muka untuk mix & match dengan kebaya anda. Antara corak pelitup muka yang trending ialah batik, sesuai untuk pakai dengan baju kebaya.

                

https://genemartino.com.my/shop/women/

Seluar

Baju kebaya selalunya dipakai dengan skirt atau sarung. Tetapi bukan semua perempuan gemar sangat untuk pakai skirt. Ada yang minat reka bentuk kebaya tetapi tidak minat pakai skirt. Ia tidak perlu menghalang anda daripada memakai kebaya yang hebat. Seluar pun boleh! 

Memanglah kalau ikut tradisi lama, perempuan perlu ikut stail pakai dengan skirt. Tetapi seluar panjang yang cantik juga melengkapkan estetik outfit sambil tutup aurat

https://genemartino.com.my/shop/women/

Barang Kemas

Barang kemas biasanya digunakan untuk meningkatkan gaya outfit anda, dan baju kebaya anda pun boleh nampak lebih cantik dengannya. Kebaya ini berlengan panjang, sebaiknya elak dari pakai gelang tangan.

Anda boleh tambah bling dengan necklace atau pin kerongsang yang menarik. Elakkan dari pakai terlalu banyak bahan kemas supaya tidak mengambil perhatian daripada reka bentuk kebaya anda yang cantik. Orang yang pakai hijab juga boleh dapat tudung berhias cantik dengan berlian atau barang kemas lain untuk melengkapkan baju kebaya.

Tradisi kebaya ini memang boleh dimodenkan ikut hati anda. Stail dan aksesori ini bukan untuk mengambil perhatian daripada baju kebaya. Ia sepatutnya untuk meningkatkan gaya tanpa menghilang identiti atau integriti tradisi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.